Pada semester, banyak betul tempat saya dapat melawat, memang seronok duduk di Sarawak. Gambar-gambar di bawah ni saya ambil masa mendaki Gunung Gading.
 |
Spesis ulat gonggok. Warna ulat ni sangat menarik, kontra dengan warna kaki dia. Subhanallah, indahnya ciptaanNya. | |
|
|
|
|
|
 |
Sebatang tiang yang diukir. Sangat kreatif dan cantik! |
 |
Air terjun yang sangat mendamaikan jiwa. |
 |
Sejenis cendawan yang tumbuh di atas akar pokok. Cendawan ni sangat unik sebab bentuk cendawan ni macam karang. Itulah agungnya ciptaan Allah swt. |
 |
Semuat ni memang nampak macam kejam kan. Kesian cacing tu, tapi nak buat macam mana dah lumrah alam. Kalau semut tu tak bunuh cacing tu, lapar lah dia.... |
 |
Sangat menenangkan jiwa apabila melihat air terjun. Hilang segala masalah dan tekanan assignment. |
 |
Di Gunung Gading ni memang banyak ulat macam nie. Siapa-siapa yang takut ulat dinasihatkan jangan mendaki, hehehe |
 |
Inilah rupa cendawan yang saya cakap macam batu karang tu. Gambar ni saya ambil daripada pandangan atas. Kalau dalam bahasa seni, bird eyes view, hehehe, cantik kan.... |
 |
Cantik kan daun ni...saya tak tahu sama ada daun ni layu atau memang macam tu. |
 |
Ni lah bunga meranti yang dibawa terbang oleh angin. |
 |
Bunga reflisia yang belum kembang. Dulu masa sekolah tengok dalam buku teks, tapi sekarang saya dapat lihat di depan masa. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan dan peluang untuk saya melihat keagunganNya. |
 |
Bungan reflisia ni dah layu sebab dia dah nak mati. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah kita juga, suatu hari nanti pasti pergi menemui pencipta iaitu Allah. |
 |
Bunga reflisia yang ketiga saya jumpa. Bunga ni baru kembang. Alhamdulillah, saya sangat bernasib baik sebab bukan senang nak jumpa bunga gergasi ni. |
 |
Tempat berehat untuk pengunjung |
|
|
|
|
Kalau nak rasa tengok bunga reflisia depan mata, datanglah Gunung Gading. Rugilah sapa yang tak datang sini...(^__^)
No comments:
Post a Comment