Buat Ibu Tersayang =)

Assalamualaikum, sempena hari ibu nie, sy nak ucapkan Selamat Hari Ibu kpd mak sy, dan kpd smua ibu2 di seluruh dunia....Di sini sy ada puisi hari ibu yg sy copy and paste dr iluvislam, nak buat puisi sendiri x pandai, hehehe =P Tapi sajak nie khas kpd ibu2 yg telah tiada di dunia, walaupun mereka pergi meninggalkan kita, tp mereka sentiasa dihati..

Ibu...
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.
Ibu...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.
Ibu...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.
Ibu...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
Ibu...
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Paparan terbaik dari blog ini hanya dengan menggunakan browser Firefox.Terima kasih sudi ziarah.Sila Datang Lagi

Sharing is Caring

Footer

Hakcipta Terpelihara